Monday, July 9, 2012

Hospital Rakan Bayi?????

Salam...

Sekadar cambahan minda dan untuk difikirkan bersama...terutama di kalangan ibu-ibu atau mereka-mereka yg mengisytiharkan diri sebagai 'kumpulan sokongan ibu menyusu'....
Rintihan dari seorang ibu yg berusaha meneruskan penyusuan susuibu walau dikekang masa dan keadaan...ni cerita terbaru...

Baru-baru ni kaklong ada temujanji kat Unit Fisioterapi, Hospital Serdang...kalau yg ikuti cerita kaklong, tentu dh maklum yg kaklong pernah jalani pembedahan ACL Reconstruction dan kini sdg menjalani pemulihan menguatkan otot kat Fisioterapi Hospital Serdang ni...
Appointmnt kaklong mula jam 9.00 pg dan biasanya selesai antara jam 10.30 atau 11.00 pg...

Dah lama kaklong stop fisio sbb mengandung...so baru2 ni bila dh hampir 3 bulan usia Naufal, kaklong kembali menjadi pengunjung tetap kat Unit Fisioterapi tu...

Selesai menjalani fisioterapi....dalam jam 11.00...kaklong mula rasa tak selesa...sbb sejak pagi belum pam susuibu...kira timing jadual dh lari...so, kaklong cb cr tempat yg sesuai...

Mula2 kaklong cari surau (tempat yg lazimnya digunakan)..malang sekali surau kat aras lobi tu...berkunci...ada satu surau berhampiran ladies..tp malang lagi sekali...plug kat surau tu rosak...bukan saja rosak...isi perut plug tu terburai....

So, kaklong berjalan lagi sambil mengendong beg mumlitleones..Kepala duk berfikir "Hospital Serdang ni kan Hospital Rakan Bayi...mst ada kmdhn untuk ibu2 mcm kaklong ni kot..." tup-tup baru teringat ada bilik penyusuan bayi kat area lif kat lobi tu... Malangnya...kaklong diberitahu oleh minah guard yg jaga situ...tak de plug dalam bilik nursery tu (tak tau lah btl ke idak...nth2 tak blh masuk sbb mula2 die tnya...bayi mana..)

So, masa tu dah fed-up lah juga...takde tmpat nk pam susuibu....Takde kmdhn...pada pandangan kaklong...Kalau betul Hospital tu nk diisytiharkan sbg HOSPITAL RAKAN BAYI...biarlah kmdhn yg ada lngkap....yg dtg hospital tak semestinya dtg bersama bayi..tambah2 yg dtg rawatan tu di kalangan ibu-ibu yg ada bayi kecil...kdg2 bayi ditinggalkan kat rumah...maklumlah...nak menunggu kan lama...better anak kecil ditinggalkan kat rumah... Jadi, ELOK SANGAT kalau Bilik Penyusuan yang disediakan tu bukan sahaja untuk menyusukan bayi...tapi juga menyediakan kemudahan untuk Ibu-ibu yg menjayakan penyusuan ni untuk pam SI...

Alhamdulillah..masa duk berjalan sendirian tu, Allah pertemukan kaklong dengan rakan yang baru bertugas kat Hospital Serdang..thanks to Kak Azlina... Beliau syorkan kaklong pergi ke Surau Aras 3. Kaklong pun pergi...alhamdulillah surau di Aras 3 tak berkunci, kemas dan tersusun. Akhirnya dapat juga kaklong pam SI...dalam 20 minit selesai....

Tiba2 kaklong terfikir...bagi ibu2 yg Muslim..alhamdulillah ada kmdhn SURAU yg biasanya digunakan untuk pam SI ni bila ditempat awam...Malah ketika dlm perjalanan ke mana2...Surau Petronas pun selalu gak jadi tmpt tumpuan... Bagaimana agaknya bagi ibu-ibu yg non-muslim....kat mana agaknya tempat untuk mereka pam SI...

Hm...krn cabaran-cabaran mcmnilah...kadang2 menjadi salah satu punca ibu-ibu mudah memilih untuk tidak meneruskan penyusuan susuibu...

Apapun, seperti biasa...kaklong percaya setiap ibu mahukan yg terbaik unutuk anak2.. Ibu-ibu yg tidak berjaya meneruskan penyusuan susibu masing-masing ada sebab yg tersendiri. So, hormatilah juga pandangn mereka dan dengarlah rintihan mrk...pnh seorang ibu yg kurang sihat dan dinasihatkan doktor untuk tidak menyusukan bayinya mengadu pada kaklong betapa die sedih dan nak sgt2 susukan bayinya sekurang2nya untuk tempoh 3 bulan...tp tak dibenarkan...

Pada ibu-ibu yg berjaya menyusukan anak-anak secara ekslusif dengan SUSUIBU...Tahniah..namum jgn terlalu obses shgga menafikan tindakan ibu-ibu lain yg kurang berjaya... sbb SETIAP IBU DAN AYAH TAHU APA YG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK...




No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...