Tuesday, October 8, 2013

Siri 3 :: Kembara Turki [Istanbul di sebelah Eropah]

Assalamualaikum.

lama sikit tertangguh ye...kbtln ada tugasan lain yg lbh mendesak... Ok hari seterusnya kami dijadualkan merentasi Selat Boshporus melalui jambatan yang menjadi ikon kepada Bandar Istanbul, Turki...dari sebelah Asia kami merentasi selat menuju ke Eropah dengan menaiki kenderaan yang disediakan penganjur.

Pagi lagi kami dah keluar, alhamdulillah kami berpeluang menikmati pemandangan yg sgt indah di negara orang...laut yang biru, binaan yang bercirikan asimilasi Islam dan Eropah...kagum juga lah km spnjng perjalan.

Maklumat tentang Selat Boshporus yang dikongsi dari Wikipedia ;)
Selat Boshporus juga dikenali sebagai Selat Istanbul (Bahasa Turki: İstanbul Boğazı), ialah sebuah selat yang memisahkan Turki pada bahagian Eropah (Thrace) dan bahagian Asia (Anatolia), menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini memiliki garis panjang 30 km, dengan lebar maksimum 3,700 meter pada bahagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisarı dan Rumelihisarı. Kedalamannya berubah antara 36 sehingga 124 meter.
Tepian selat ini berpendudukan padat, salah satu bandarnya ialah Istanbul, ibu negara Turki.
Ada dua jambatan yang menyeberangi Selat Bosporus, yang pertama adalah Jambatan Bosporus memiliki kepanjangan 1,074 meter dan pembinaannya berakhir pada 1973. Yang kedua, Jambatan Fatih Sultan Mehmet dengan kepanjangan 1,090 meter dan diselesaikan pembinaannya pada 1988 dan ia terletak sekitar 5 km sebelah utara jambatan pertama.

Dalam kenderaan yang disewakan untuk kami sepanjang di Turki.

Lawatan pertama ialah ke Istana Balyeberi, ni km berada dalam lalaunterowong menuju ke Istana Beylerbeyi. Istana ni terlatak di sebelah Istanbul di Eropah merupakan Istana Musim panas bagi Sultan Uthmaniyyah. Istana ini adalah saksi kepada berakhirnya sisa pemerintahan Khilafah Islamiyyah.

PerkaranganIstana Beylerbeyi yang menghadap Selat Boshporus.

Perkarangan Istana berada di bawah jambatan.

Jambatan tanpa tiang ditengahnya..dibina sedemikian bagi memberi peluang kepada kapal-kapal untuk melalui selat tersebut.

Selesai melawat dalam Istana, kami minum dulu kat Cafe yg terdapat di perkarangan istana. Dalam istana tu tak blh ambik gmbr...tp lawatan ke istana ni mmg memberi kesan...sempat juga kami melihat kamar yang menjadi saksi tempat Sultan Abdul Hamid II dikurung selama 6 tahun bermula tahun 1912 sehingga 1918. Beliau merupakan Sultan Uthmaniyyah yang berjuang disaat pemerintahan Islam semakin bersisa. beliau terpaksa cuba memperbaiki institusi khilafah Islam yang diwarisi dengan penuh permasalahn dan pergolakan.

Seterusnya bergerak ke Anadolu Hisari, sebuah kubu yang dibina sebelum pembinaan Rumeli Hisari.
Kubu ini dibina bagi mengawal keselamatan Kerajaan Uthmaniyyah.

Subhanallah...berpeluang berada di tepi Selat Boshporus.

Bertentangan dengan Anadolu Hisari ialah Rumeli Hisari yang terletak kira-kira 750 meter.

Lagi Anadolu Hisari, tinggalan yang hampir 1000 tahun lalu masih kekal hingga kini untuk disaksikan umat Islam kini bagi mengenal sejarah kehebatan Islam suatu ketika dulu.

At-tartuk.

tapak masjid yang suatu ketika dulu menjadi tempat solat bagi askar Uthmaniyyah. Kini tapak tersebut masih diimarahkan setiap hari Jumaat untuk jemaah sekitar menunaikan Solat Jumaat, dan Majlis Perbandaran akan mengihadangkan nasi untuk jemaah. Peserta lelaki berpeluang solat kat sini.

Mimbar yang msh digunakan.

Teruja dapat menyaksikan tinggalan sejarah yang hebat dan berpeluang plak menikmati keindahannya.

lawatan seterusnya ialah ke Maqam Nabi Yusha.

Sekiatar maqam Yusha.

Deretan kedai yang terdapat di perkarangan Maqam nabi Yusha.

Semasa meninggalkan Maqam nabi Yusha, sempat singgah di sebuah gerai yang menjual roti Turki, mcm roti canai...tp besar dan intinya pun pelbagai.

Seterusnya ke Islamic Researh Center di 29 May Universiti. kat sini ada pelbagai bahan dan manuskrip lama yang blh dijadikan sumber rujukan bagi mereka yang nak kaji tentang sejarah Uthmaniyyah, sejarah islam dan sejarah perkembangan tariqat Islam.

Dah mlm, smpt lagi menyinggah di pasar malam...dapatlah tgk sndiri segala mcm sayuran dan buah-buahn yang dijual dan terdapat di Istanbul, Turki.

Buah Delima yang ada dimana-mana sahaja.

Kobis yang besar.

Aneka tembikai, juga terdapat dimerata-rata.

Anggur yg murah dan menjadi makanan harian...seumpama pisang kat Malaysia agaknya.

Dan buah peach dan lai...mmg mewah dgn segala mcm buah-buahan.

Alhamdulillah..mlm tu kami tdr dengan pelbagai kngn dan pengathuan. Semangt perjuangan Islam suatu ketika dulu semakin melekat dihati. Moga Islam kembali gemilang.

Firman Allah swt dalam Surah al-Hajj ayat 46 yang bermaksud "Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada."

No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...