Thursday, October 24, 2013

Siri 5 :: Kembara Turki [Menyelusuri Selat Boshporus serta Mendalami Semangat Ketenteraan)

Assalamualaikum..

Jom kali ni join kaklong sambung jenjalan kat Turki...
N3 kali ni nk ajak sesiapa yg sudi membaca ni naik feri menyelusuri Selat Boshporus.
Sepanjng selat tu byk juga pemandangan indah yg dapat ditgk...malah dapat juga tgk bbrapa tgglan sejarah yg menjadi kebanggaan Istanbul.

Untuk sampai ke tempat naik feri ni, kaklong dan kawan2 bergerak dr umah yg kami menginap tu naik train way. Mudah je...dari Pazartekke terus ke Kabastas.
Huhu...teringat plak moment indah berjalan ngn kwn2 kat sana.. bila dh balk Malaysia n sibuk ngn kerje kat office..kdg2 kami jd lupa bhwa kami prnh susah sng masa kat negara org..

Inilah feri yg bakal kami naiki.

Masih di persekitaran dataran feri.

Terpukau sebentar ngn keindahan pemandangan Turki.

Masa ni musim luruh...cuaca panas..

Kak Su..my officemate.

Sebelum naik feri, sempat membeli belah kat Spice Bazar...tp tak puas hati pi sekejap sgt....hnya smpt 'scan' ngn mata je..tp tak beli..huhu..

Menyesal sampai sekarang...sbb tak trs beli apa yg berkenan...buat sesiapa yg nak travel...kalau jumpa yg berkenan dihati tu..beli jer...kalau hrp nk jmpa blk mmg pyh dn sgt minima peluangnya.

Rempah ratus yg dijual.
cantik kan bks lampu tu...diperbuat dripada kaca...sabiji pun kaklong tak beli sebagai kngn...sdgkan itulah tanda kngn dr Turki.

Us. Fauzan...our fasilitator sepanjang program kat sana.. Masa ni dah naik feri dan baru nk bergerak.

My officemate..Us. Najhan...seorang hafiz yg agak pendiam..tp dh sampai sana blh thn jugalah...
Tgklah pemandangan kat belakang tu...binaan rumah dan kedai di Istanbul...padat kan.

Kami bertiga...Kak Su, me n Kak Syiqin...kiri kanan kaklong tu ibu beranak 3 yg stay maintain n cute...

Inilah Istana Dolmabache..istana yang mewah dan kini menjadi muzium.

Istana Dolmabache yang dibina oleh Sultan Uthmaniyyah sehingga menyebabkan kerjaan Uthmaniyyah byk berhutang dan akhirnya terpaksa menggadai tanah dan wilayah Islam kepada banker Yahudi.

Me dan Kak Iqin...

Melalui jambatan yang merentasi Selat Boshporus.

Pelancung yg turut serta dgn kami..

Bendera Turki berkibar dengan megahnya.

Gambaran kepadatan pendudukIstanbul, Turki dan masjid ada dimana-mana.

Rumeli Hisari...terpana dgn binaan Rumeli Hisari yg masih kekal terpelihara sehingga kini..binaan ketika Muhammad al-Fateh sekitar tahun 1435 masihi...terus utuh sehingga kini.

Sayang nk tgglkan pandangan Rumeli Hisari...nth bila akan kembali menyaksikannya.

Kedai dan hotel di persisiran Selat Boshporus.

Dalam train dari Kabastas dan kembali ke Pazartekke..

Sebelum balik tu...selepas naik feri...kami terus ke Muzium Askar yg terletk ngn kawasan Bukit Galata. Sempat juga menyaksikan lagu laungan semangat yang dimainkan oleh tentera Uthmaniyyah sebelum keluar berperang suatu ketika dulu.

Barisan yang berperana dalam mempersembahkan lagu laungan semangat ni ialah ketua tentera, pemain alat muzik dan para ulama yang mendendangkan bacaan ayat suci al-Quran.

Misai tebal adalah trademark diorng ni..

Barisan ulama yang berbaju merah tu akan membacakan ayat2 suci al-Quran..mmg menaikkan semangat.

Dapat juga kami bergambar ngn pelakon panglima perang ni.

Peta terawal yang dilakarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah.

Meriam yang wujud ketika era Uthmaniyyah.

Lagi meriam.

Askar Mustafa Kamal al-tartuk...pemakaian askar dan berubah ketiak era at-tartuk...ni gambaran askar at-tartuk sedang mengikuti kelas.

Pemakaian baju besi oleh tentera Uthmaniyyah.

Inilah die 'Golden Chain', iaitu rantai besi yang diletakkan oleh Kerajaan Bayzantium merentasi Selat Boshporus antara Asia dan Eropah bagi mengawal Kota Istanbul agar tidak diserang oleh tentera Islam, termasuk Muhammad al-Fateh.
Namun atas kebijaksanaan al-Fateh, beliau mengetuai tentera Islam mengangkat 70 buah kapal perang merentasi Bukit Galata dan akhirnya berjaya menyusuri Selat Boshporus dan akhirnya berjaya sampai ke Kota Istanbul.

Suasana perang al-fateh menawan Kota Istanbul.

Replika al-Fateh..

Gambaran al-Fateh dan tenteranya...disebelah al-Fateh yang berserban putih ialah gurunya, seorang ulama yg sentiasa mendampingi dan didampingi al-Fateh, Sheikh Samsuddin al-Wali.

Jata Negara Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam laluan keretapi bawah tanah.

Sampai kat laluan pe ntah...tp mmg byk kedai2 yang menjual barangan Eropah..sgt murah dan berbaloi untuk beli...tp kami tak beli...huhu..

Barangan Tefal...murah ooo berbanding ngn harga yg dijual kat Malaysia.

Usai solat jamak Maghrib dn Isyak kat surau masa lalu kat pasar dan bangunan-bangunan kedai..kami sampai di Dataran Taksim.

Tugu yg ada di Dataran Taksim, sehari sebelum kami sampai sini...ada berlaku sedikit kekecohan disini.

Kami berenam..dan masuk kerje...masing2 busy ng tgs dan tggugjawab.

Turun ke jalan keretapi bwh tanah untuk kembali ke rumah di Pazartekke.

Keceriaan seorang pelancung Malaysia terserlah..hihi... Malam tu kami kembali ke bilik masing2 dgn lutut yng lemah longlai...dan esok kami kembali segar untuk meneruskan kembara.

Jauh perjalanan, luas pengalaman dan semoga pengalaman tersebut menambah kemahiran dan pengetahuan.

1 comment:

MamaBisya said...

last pic tu yg x thn...hahaha