Monday, March 9, 2015

Setahun Usia Si Kecil Sumayyah



Assalamualaikum.

Pada 8 Februari 2015 yang lalu, si kecil Sumayyah genap berusia setahun. Alhamdulillah sepanjang setahun yang lalu...Sumayyah sentiasa membahagiakan...meyenangkan dan menceriakan kaklong sekeluarga. Sumayyah sihat dan aktif macam kanak-kanak sebayanya. Dewam sakit sikit2 tu biasalah...lumrah bagi kanak2 yang sedang menbesar...apalagi..sekarang duk kat Taska.

Sebagai catatan kaklong....Sumayyah pada usia setahun ni dah boleh:
  •  Berjalan dengan laju...
  • Suka tepuk tangan...respon bila dengan kakak atau abang dia menyanyi.
  • Kenal sgt dah orang2 sekeliling dia.
  • Dah bunyi juga kalau kita ajar dia bercakap...cthnya kakak..abah..ummi...air.. bunyi pelat baby kecil ler..
  • Masih menyusu susuibu...tp dah campur ngn Susu Dutch Lady.
  • Masih tidur dalam buai.
  • Pandai buat mimik mencebik mulut bila kena marah.
  • Pandai rebut barang dengan abang...(Selalunya memang suka rebut barang dengan abang...kalau dia pegang sesuatu, abang nak ambik...menjerit dia tak bagi...siap menjerit marahkan abang)
  • Dah mula nak join abang dan kakak main berlari ke apa ke.
  • Sumayyah suke senyum macam abg Naufal...senyum nmpak gigi...
  • Gigi baru tumbuh 4 batang, dua ats dua bwh. Tp dh mkn mcm2...apa yg abang n kakak makan..dia pun makan..bnda lembut la..kalau kerepek ke maruku ke kacang ke...taklah...
  • Kalau mengantuk, garu2 kepala.
  • Rambut Sumayyah kerinting...Curly Girl ;)
Setiap anak, perkembangannya berbeza...moga catatan ni boleh jadi panduan sebagai kenang-kenangan untuk kaklong sekeluarga mengimbau kembali perkembangan anak2 suatu masa nanti. 

No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...