Tuesday, January 11, 2011

Kenapa Bayi Kurang Mendapat Susuibu???

Salam...

Dua hari lepas kaklong terima sms dr seorang rakan, mengadu kerana kurangnya production SI beliau untuk anak sulungnya...Kesian...si anak baru berusia lebih kurang 2 bulan, tp production SI dan mula kurang....so, moga artikel yg kaklong dapat dari Kak Engku dapat membantu beliau.

Penghasilan susuibu akan mula berkurangan apabila si anak semakin kurang BF dan mula menolak walau diberikan....faktor yang mungkin menyebabkan penolakan si anak untuk terus BF dari 'B' si ibu adalah kerana si anak merasa tidak puas dan kurang mendapat susu dr 'B' si ibu, antara faktornya ialah:

A) Kurang Penghasilan Susu, berlakunya faktor tersebut, kerana....
  • Penyusuan tidak kerap.
  • Penyusuan tidak cukup lama.
  • Makanan atau minuman lain mula diperkenalkan kepada bayi.
  • Ibu cepat memberhentikan penyusuan di malam hari.

B) Kurang Pemindahan Atau Pengaliran Susu disebabkan....

  • Kedudukan atau lekapan tidak bentul.
  • Penyusuan yang pendek dan tergesa-gesa.
  • Bayi dialihkan dari sebelah 'B' dengan cepat dan menyebabkan bayi tidak mendapat hindmilk (Apa itu Hindmilk...Rujuk sini).

C) Faktor Ibu, antaranya...

  • Refleks oksitosin kurang baik, malu dan tidak berkeyakinan.
  • Menggunakan 'nipple shield'
  • Tidur jauh daripada bayi.
  • Mengambil ubat yang mgkn blh mengurangkan penghasilan susu.
  • Keletihan atau sakit.
  • Penyakit 'Tiroid'
  • Kurang Zat Makanan.
  • Kurang tisu 'B' yang berfungsi dengan baik (cubalah pergi berurut)

D) Faktor Bayi, antaranya...

  • Bayi mengantuk.
  • Sukar Melekap atau menghisap.
  • Sakit atau mempunyai masalah kesihatan.

Okey...semoga dapat membantu...akan datang kaklong akan kongsikan bersama bagaimana untuk meningkatkan penghasilan SI..InsyaAllah...

Note: Alhamdulillah sehingga hari ni, di kala usia Syafiqah 10 bulan 2 minggu...masih lagi BF secara ekslusif...pengorbanan dan cabaran untuk meneruskan lagi hasrat ni, bukan sedikit dan mudah...

2 comments:

☆ lieya latif ☆ said...

info yg sgt berguna ni kak long...lieya pun bersemangat nak bf baby selama mungkin tuk yg ke 3 nie...insyaallah...moga dipermudahkan......

lieya pun suke bace blog kak engku ni, dah penah berurusan ngan die pun tuk beli jamu bersalin....mmg baik die nieh

Kaklong @ Izan said...

Betul tu lieya...mmg baik orgnya...
Byk sgt info dr blog beliau...
Cuma kalau tak rajin nak cari byklah yg kita ketinggalan..hmpir setiap hari ada info baru dr beliau...
Mudah2an dgn cara mcm ni bermanfaat lah pada mereka yg tak samapai atau tercapai ke blog beliau...

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...