Alhamdulillah kita semua masih diberi peluang untuk meraikan ketibaan bulan yang penuh barkah bulan yang diiktiraf sebagai bulan yang lebih baik dari seribu bulan...
Mudah-mudahan ketibaan Ramadhan kali ni lebih membawa erti dalam kehidupan kita semua umat Islam.
Ramadhan sebenarnya hadir dengan membwa pelbagai rahmat...antranya:
- Bulan untuk mendidik peribadi : pembentukan akhlak yang mulia perlu dimulai dengan niat, namun tanpa usaha..niat akan menjadi si-sia. Walaupun di awal tahun setiap orang dah pasang mcama-macam azam, namun pasti masih ada yang belum berjaya terlaksana.....justeru moga kehadiran Ramadhan akan membantu kita semua untuk merelasasikan azam untuk menjadi seorang muslim yang berakhlak mulia, yang menjaga dan menghiasi peribadi berlandaskan al-Quran dan Sunnah, yang menjaga makan dan minum untuk mengawal keseimbangan berat badan, yang mahu berhenti merokok, yang mahu memperbanyakkan amalan sebagai bekalan di akhirat kelak dan sebagainya.
- Bulan untuk menginsafi diri: Ketika menjalani ibadah puasa, dapatlah kita semua menginsafi diri bahawa selama ini kita mempunyai nikmat yang banyak untuk makan dan minum sepanjang masa. Apa saja yang teringat dah kempunan dihati dapat dipenuhi malam, Namun ketika menjalani ibadat puasa dapatlah kita semua merasa betapa sukarnya mereka yang hidup susah penuh kemiskinan untuk memenuhi keperluan makan dan minum...contohnya mereka yang hidup melarat di Somalia...untuk mendapatkan seteguk air pada waktu panas terik amatlah sukar.
- Bulan mengajar erti kesabaran: Ramadhn adalah bulan yang terbaik untuk mendidik jiwa kita akan sentiasa brsabar melawan nafsu, bukan sahaja nafsu makan, malah nafsu amarah yang lain. Segala sifat Mazmumah dapat dikawal dan seterusnya disingkir jauh dari diri kita semua. InsyaAllah.
Sebenarnya banyak lagi yang dapat kita manfaatkan sempena dengan kehadiran Ramadhan. Mudah-mudahan Lailatul Qadar milik kita...
Sambutan awal Ramadhan kaklong tahun ni besama keluarga kaklong di Manjung. Alhamdulillah semua adik2 dapat berkumpul, kecuali ct dan syahir yang tak dapat pulang. Jom kita sama2 pasang niat dan azam moga Ramadhan yang berlalu tidak pergi dengan sia-sia. Antaranya memperbanyakkan membaca al-Quran, memenuhi malam degan solat tarawikh, berbakti kepada keluarga, cari malam untuk Lailatul Qadar dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment