Thursday, October 10, 2013

Siri 4 :: kembara Turki [Menyelusuri tinggalan Sultan Sulayman al-Qanuni dan shoping time di Grand Bazar]

 Assalamualaikum

Hari seterusnya kami lebih meneroka tentang tinggalan Sultan Sulayman al-Qanuni serta cuba menyelami sejarah pemerintahannya dalam Uthmaniyyah. Beliau merupakan sultan Uthmaniyyah yang berperanan menambahbaik serta memperbaharui sistem perundangan Daulah Uthmaniyyah sehingga menerima gelaran al-Qanuni.
  • Sultan Sulayman al-Qanuni telah memerintah  dari tahun 1520 sehingga 1566.
  • Beliau telah mengahwini wanita Eropah dan anak mereka, Salim II menjadi sultan selepas kemangkatannya.
  • Antara sumbangan beliau yang plg terkesan dalam sejarah Uthmaniyyah ialah memperbaharui sistem perundangan Daulah Uthmaniyyah yang ketika itu telah mulai menerima pelbagai pengaruh budaya Eropah, Afrika, Parsi dan Asia agar selari dengan prinsip perundangan Syariah Islamiyyah.
  • Undang-undang yang dibuat oleh baginda telah berjaya memperbaiki sistem pemerintahan Uthmaniyyah sehingga berabad selepas pemerintahannya.
Bekas air untuk jemaah yg dtg menunaikan solat.

Masjid Sehzed, iaitu masjid yang dibina oleh Sultan Sulayman untuk anakandanya yang pertama, iaitu Sehzade Mustafa Muhlisi yang mangkat kerana dibunuh. Beliau sepatutnya mewarisi pemerintahan Uthmaniyyah selepas ayahnya.

Kami berjalan kaki agak jauh dari Masjid Sehzed menuju ke Ensar Vakfi. Semasa melalui laluan ni, banyak yg kami dapat pelajari tentang budaya dan persekitaran masyarakat Istanbul, Turki.

Lawatan ke Ensar Vakfi, sebuah institusi NGO yang bertanggungjawab mengurus harta zakat, wakaf dan sedekah orang Islam di Turki.

Hidangan untuk kami di Ensar Vakfi, air yogurt sntiasa ada...masam sgt..

Kak Su dan Bob...ahli rombongan.

Setelah jauh berjalan dengan keadaan jalan yg berbukit dan hmpir hilang kepala lutut...sampai juga kami kat Masjid Sultan Sulayman yg sgt indah..

Pandangan luar Masjid Sultan Sulayman.

Tgklah dalamnya...sgt2 cantik dan terpelihara. Malah masjid ni terus diimarahkan seperti biasa.

Teruja dengan keluasan dan keindahan senibinanya.

lampu yang diletak rendah.

Kat dpn masjid ada byk garai jualan...bila tgk topi ni...rugi plak tak beli untuk dibawa balik sbg kenangan...huhu..

Shawl cantik dan murah..

Berjalan...bermusafirlah melihat keagungan Allah...

Berjalan lagi menuju ke Grand Bazar...

Jagung ada dijual kat merata2...tp tawar n kyrang masak...kalau die rebus lama sikit sedap kot...

Kiut jer...

Kasut yang cantik...rugi tak beli untuk Fyqah n Naufal...masa ni tk fkr shoping sgt...sbb sgt letih berjln dan fikir pnjng nak bawa blk brg2 tu...huhu..

Cuci mata ngn pakaian yang comel untuk budak2..

Kat luar sebelum sampai Grand Bazar...meriah...

Antara manisan yang byk dijual di Turki, Baklava adalah makanan mereka.

Sampai sudah kat Grand Bazar...mcm2 ada....kalau masa ni tk fkr pnjng...mmg hbs beribu kot kaklong shoping...baju n segala macam...

Shoping t-shirt untuk adik2 lelaki...

Baju untuk yg perempuan...byk pilihan..

Tggu train...masa ni lth gak...dgn byk brg yg dibawa...berjln plak dr pagi smapai ke malam...mmg tk naik knderaan langsung...berjalan jer...pnt sghh2...

Terleka sebentar..

Sebelum sampai tempat penginapan, smpt sggh makan dulu...ni namanya pide.

Ni plak Kebab n Ayam Grill.

Apa nama ntah...apapun...inilah sebahagian makanan yg disajikan di kbykan restoran kat Turki...airnya plak...air kosong yg dipnggil 'Su', air Coke atau teh...no more milo air, teh tarik or fresh oren...huhu...

Kembara kali ni mmg menguji stamina dan kekuatan fizikal kami...spttnya blh shoping sepuas hati...tp boleh shoping sekadarnya sahaja, sbb dh pnt n lth nk bawa brg byk..
Yang pntg pengisian perjalanan kali ini adalah untuk mengenal siapa Sultan Sulayman al-Qanuni serta sistem perundangan Islam yang cuba diselaraskan dengan budaya serta masyarakat Eropah, Parsi dan Asia.

2 comments:

Acik Erna said...

assalam kak long..cantik pulak nampak yang macam songkok warna merah tu kan

Unknown said...

Ya Allah cantiknye permandangan turki tu...Blogwalking..jom kita bertukar2 link…and follow each other
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...