Wednesday, May 14, 2014

Penting ke buat check list?

Assalamualaikum..

Huhu...sempat juga balik umah waktu rehat mengemop umah...kadang2 balik jemur atau angkat kain...kadang2 balik lipat kain..kadang2 balik memasak (yg ni selalu) dan kadang2 balik rehat melepak dpn TV je...apapun yg smpt dibuat kat umah waktu rehat tghri...adalah sesuatu yg sgt penting...sbb masa tu takde anak2 kecil kat umah...hnya bersendirian...sng nk buat kerje...tp tak selalu..kadang2 tak blk pun...hnya duduk kat office atau mgkn keluar dgn officemate.

Mungkin klu yg tak smpt balik umh tghri sbb tmpt krj jauh kan...malam bila anak2 dan suami dh tdr....si ibu yg bekerjaya ni...masih sibuk mengurus rumahtangga...mengemas dan melihat2 apa yg patut.. Huhu...para suami..hargailah jasa dan keringat isteri2 anda...

Untung sgt yg punya suami yg sgt ringan tulang...membantu isteri mengurus rumah dan mengurus anak2.. (terima kasih abg...)




Apapn....masa dok berlinggang kangkung mengemop tadi...terfikir lah kaklong bahawa pentingnya jadual dan senarai kerja yg teratur untuk memudahkan urusan mengemas dan mengurus rumah..dan..penting juga senarai tindakan yg kita terfikirkn apa yg kita nk buat untuk kerukunan rumahtangga... 

Jadi.. senarai yg PERLU dan MESTI BUAT apa yg terfkr dek fikiran kaklong ialah:
  1. Solat berjemaah dengan suami dan anak waktu Subuh, Maghrib dan Isyak.
  2. Mengaji al-Quran dan ajar anak mengaji.
  3. Mop rumah seminggu sekali.
  4. Sapu sampah setiap hari.
  5. Lipat kain dua hari sehari (kalau dapat tiap2 hari lah kan)
  6. Hujung minggu bawa anak2 keluar bermain.
  7. Bersenam dan berjoging setiap minggu (Dgn baby boleh ke?)
  8. Rancang perbelanjaan dapur dengan berhemah.
  9. Rancang perbelanjaan keperluan lain juga dengan berhemah.
  10. Hubungi  mak dengan kerap.
  11. Rancang menu masakan untuk seminggu supaya pembelian runcit lebih teratur.
  12. Bangun tidur paling lewat jam 6.00 pagi.
Jadual harian yang PERLU dilalui setiap hari bekerja:
  • 5.45 pagi: Bangun tidur dan ready utuk solat Subuh
  • 6.30 pagi: Siapkan sarapan atau minuman pagi. Siapkan juga segala beg keperluan kerja dan anak2 ke rumah pengasuh. 
  • 6.45 pagi: Kejut Fyqah bangun bersiap ke sekolah.
  • 7.00 pagi: Mandi dan bersiap.
  • 7.30 pagi: Sarapan apa yg patut
  • 7.45 pagi: Bergerak dari rumah hantar anak ke pengasuh dan tadika.
  • 8.00 pagi: Kerojerrrrrrr
  • 1.00 tghri: Rehat kat umah/Solat n buat apa yg patut.
  • 2.00 ptg: Kembali Kerojerrr
  • 5.00 ptg: Balik kerja, ambik anak kat umah pengasuh.
  • 5.30 / 5.45 ptg: Sampai umah, sinsing lengan masuk dapur kuarkan dr freeze apa yg nk dimasak, uruskan simpanan susu perahan dsbg. (Tp kdg2 kn layankan anak2 dulu...terutama Baby Sumayyah yg msti nak menyusu)
  • 6.30 ptg: Mandi dan bersiap
  • 7.30 ptg: Siap untuk Maghrib / Mengaji dan ajar anak mengaji
  • 8.00 mlm: Makan malam
  • 8.45 mlm: Solat Isyak
  • 9.00 - 11.00 mlm: Bersiap untuk keperluan anak2 esok pagi (Turunkan susu EBM Sumayyah, baju anak2 kat umah pengasuh, bsh baju, kemas dapur, sapu sampah)
  • Tidurr....
Apapun...Allah adalah sebaik-baik perancang... namun, penting juga untuk kita catat dan tekad melakukan apa yg kita catat...supaya kerukunan rumahtangga lebih terjaga...InsyaAllah...

No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...