Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Karim :: Bertadarus sehingga khatam 30 juzu' al-Quran....

Salam...

Salah satu ibadat yang amat digalakkan dalam bulan Ramadhan ialah bertadarus sehingga khatam bacaan al-Quran 30 juzu'... kerana amalan tersebut turut dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda bertadarus dengan malaikat Jibril a.s. sepanjang bulan Ramadhan.


Tak susah kalau benar-benar berusaha untuk laksanakannya...samada bersendirian, bersama suami, bersama keluarga atau mgkn juga bersama rakan sekerja.

Kalau kat tempat kerja kaklong (dan mgkn juga di kbykn tmpat kerja lain) kami mmg akan ada jadual tadarus...setiap kumpulan diberikan beberapa juzu' al-quran untuk diselesaikan...baca setiap pagi... bukanlah baca beramai-ramai...dalam kumpulan tersebut ada seorang yg akan baca secara bergilir dan rakan-rakan lain akan semak bacaan kawan kita tu..

Kalau kt rumah pun boleh praktikalkan..bertadarus dengan suami...lps subuh, lps maghrib..lps balik tarawih...kalau isteri tak pergi tarawih sbb jg anak2..makanya bertadaruslah bersendirian dirumah...suami boleh sambung bacaan plak nnt....kalau dapat satu hari satu juzu'...insyaAllah selesailah 30 juzu' al-quran.. 

Kalau dah ada anak2 yg boleh membaca al-quran...alangkah indahnya dapat bertadarus sama-sama ngan anak2...lps subuh dan lps maghrib sementara nk keluar ke masjid untuk isya' dan tarawih...luangkan masa sekejap untuk bertadarus...


Namun, kena ingat..yg nak dikejar bukanlah bacaan yg laju untuk menghabiskan 30 juzu'...tetapi..bacalah secara bertartil...dan menjaga segala hukum tajwid dan makhraj... Mudah-mudahan...usaha kita diterima Allah s.w.t. sebagai sebahagian daripada timbangan sebelah kanan untuk ke Syurga...amin...



No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...