Monday, June 22, 2015

Bertemu Lagi Ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur padaMu..terima kasih atas peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang mulia.. Moga kehadiran Ramadhan tahun ini akan lebih memberi manfaat dan keberkatan dalam kehidpan kakalong sekeluarga.

Moga kaklong, suami dan anak-anak akan lebih dekat dengan Allah, menjalani kehiduapan dengan lebih diredhoi dan akan tergolong  di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Awal Ramadhan tahun ni, kaklong, suami dan anak2 sambut di Kelantan, kampung suami. Alhamdulillah iftar pertama tahun ni bersama Ayah dan Ma. Suka anak-anak dapat balik kampung.

Hmm...berkenaan latihan puasa pada anak-anak, kaklong dan suami sepakat untuk tidak memaksa Syafiqah lagi. Usianya sekarang 5 tahun...pagi-pagi dah minta sarapan...balik taska minta nak makan itu..makan ini...adalah juga dia puasa...tapi hanya utuk tempoh 3 ke 4 jam je...
Pada kaklong...kita kena didik anak-anak pelan-pelan...kena bagi faham dulu apa itu puasa...barulah dia betul2 ada feel untuk berpuasa..untuk dapatkan ganjaran pahala...nak masuk syurga dan sebagainya..

Ok...pasal diet plak...of course lah bila puasa ni..berat semakain turun..n now berat kaklong 62.8 kg..



No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...