Tuesday, March 8, 2011

Menu baru Syafiqah

Salam....

Sejak berusia setahun ni...kaklong dah mula mempelbagaikan menu makan Syafiqah...
Dan sikecik ni pun mmg dh pandai memilih mkn...yg terbaru....mlm tadi masa nak suapkan nasi guna sudu...die taknak...ditoloknya ngn lidah...tapi bila kaklong suap ngn tgn...elok die makan...
Mcm2 lah...agaknya bila suap gn tgn ada rase tambahan kot...haha....
Selain nasi dan pelbagai lauk serta sayuran, kaklong ada sediakan juga beberapa jenis mee dan pasta....yang pntg pastikan mee dan pasta tersebut halalan toyyibah ye...
So....kaklong nak kongsi resepi lah...mudah dan berkhasiat...tnpa minyak untuk menumis...
Inilah rupanya makaroni bersalut telur...Syafiqah suka...dan ummi die pun suka...tanpa garam...tapi ada rase....Bahan-bahan dan Caranya....
Bahan:
Makaroni (Sikit je...bujet untuk sekali mkn, dalam setengah gemgam kot)
1/2 biji Telur Ayam (dipukul)
Karot (Dicincang dadu kecil)
Saderi (Dicincang dadu kecil)
Bawang Putih
1 sudu daging kisar (kaklong guna 2 inci daging dicincang halus)
Air untuk merebus
Cara menyediakan:
Rebus makaroni dengan air sampai lembut .
Agak2 air dah nk kering masukkan daging yang telah dicincang.
Selepas dua ke tiga minit masukkan pulak karot, saderi dan bawang putih...
Tunggu sehingga air betul2 karing dan makaroni serta bahan2 tadi empuk dan mudah dikunyah oleh anak kecil.
Akhir sekali masukkan telur dan kacau sampai telur kering (mcm kat gambar tu ye....)
Kemudian blh lah suap pada anak anda...
masa nak menyediakan pun taklama...dalam setengah jam dah siap...

2 comments:

ibudhira said...

wahhh...nampak sedap dan menarik..boleh la cuba utk menu nadhira nantii...sejak dh berumur setahun lebih ni..makan nye memilih sungguh...tq izan..

Kaklong @ Izan said...

IbuDhira: Ye..blhlah cuba...elok pelbagaikan menu anak2...sama2....

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...