Tuesday, March 15, 2011

Botol Susu..FREE BPA


Salam....

Kaklong sangat pasti ibu-ibu ramai yg mulai prihatin dengan penggunaan botol susu anak-anak... selepas dgr pengumuman pengharaman Botol Susu BPA pasti ramai yg mula membelek bawah botol susu anak2...nk tgk ok ke tak...

Sebenarnya tak susah...dan bkn bnda baru bagi ibu-ibu yg prihatin...dah lama dah isu penggunaan botol Susu BPA ni dibualkan dikalangan ibu-ibu...

Kalau kita pergi ke butik-butik Bayi atau kedai yg khusus menjual barangan bayi, pasti banyak botol Susu Free BPA dijual...

Selain daripada keluaran Brand yng mahal seperti Avent, MUM, Medela dan sebagainya, brand2 lain pun dah byk kuarkan Botol Susu BPA Free...yg terbaru...kaklong tenguk Pureen sendiri dah byk kuarkan botol2 susu yg sihat dan selamat untuk digunakan...so, google dan carilah maklumat sebanyak yg mgkn...

Apa tu BPA? BPA ialah Bisfenol A}Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Ni ada sdkt info dar kementeria Kesihatan Malaysia (KKM)...

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi . Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
1.Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
2.Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
3.Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
4.Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.


Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Pastikan botol susu anak kita BEBAS BPA....belek2 dan pastikan ianya FREE BPA...

3 comments:

Anonymous said...

kak long, saya suka info yang kak long bagi nie.. saya nak tanya pandangan kak long la, mcm anak saya kuat menyusu, setiap 6 bulan atau 1 tahun baru tukar botol yang lain ker? skang dia ada 2 botol.. 1 jenama pureen 1 lg xpastu jenama apa.. tp apa yg saya tengok, ke2-2 botol tu masih elok.. macam mana yea..

Kaklong @ Izan said...

Salam ryna...
Maaf ye...lambt reply...kaklong blk kampung di kelantan baru2 ni...
Hari ni baru berpeluang buka blog...
Sebaiknya botol susu ditukar 6bulan sekali...
Tp bergntung juga pada jenama apa yg digunakan...cthnya mcm jenama MUM..blh guna smpai 4-5tahn kalau tak silap...
Setiap kali membeli botol sus...cuba teliti dn dptkan info ttg ketahanan btl tersebut...

Yg pureen tu...BPA ye...
Pada kaklong...setahun sekali pun ok...yg penting kebersihan botol dn puting susu dijaga rapi...
Terutamanya pada penutup botol...kerapkan cuci dn rendam..

Anonymous said...

thanks kak long.. lepas nie saya try cari botol susu yang lain free BPA..

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...