Tuesday, December 6, 2011

Perkembangan Kecederaan ACL dan PCL

Salam...



Semalam kaklong dan pegi HUKM, temujanji ngn doc untuk tgk perkembangan lutut kaklong selepas menjalani operation pada lutut kanan akibat kecederaan ACL dan PCL yang kaklong alami pada tahun 2005 sbb jatuh motor.



Hasil drpd perjumpaan ngn doc semalam...kaklong dimaklumkan bahawa:



  1. Kedudukan lutut kanan kaklong dah agak lari dan tak senormal dulu lagi, sebab dah dua kali menjalani operation di tempat yang sama.


  2. Kaklong kena jg kesihatan dan bykkan bersenam untuk jaga kelangsungan lutut ni, sebab dalam keadaan lutut yang tak normal...mudah untuk kaklong alami sakit pada sendi lutut yang lazimnya dialami warga tua...that means...dalam usia 40 an pun kalau tak jg kekuatan otot kaki dan tak bersenam...kaklong dah kena sakit sendi lutut...huhu....


  3. Kaklong kena hati2 dan elakkan aktiviti lasak...


  4. Sehingga kini, doc masih tak benarkan kaklong berjoging apa lagi berlari...sebab kondisi lutut kanan masih lemah untuk menampung kekuatan badan...


  5. Kena ambik apa-apa supliment yang boleh membantu untuk melambatkan proses sakit lutut...kat doc, supliment untuk menghentikan kesakitan mmg tak de...untuk melambatkan ada lah...


  6. Doc cakap juga...Bila dah dua kali operation PCL dan ACL, kaklong kn lebih berhati2, sbb paling maksimum pun...lutut hny boleh dibedah pada tempat yg sama sekurang2nya dua kali je...kalau kali ketiga...kn ganti teruslah sendi tu...doc siap buat lawak lagi...bgtau kn guna lutut bionik....kira lutut besi mcm robotlah kot....huhu...tak nakkkkk!!!!

Mudah-mudahan...kaklong dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik untuk melihat perkembangan anak-anak... Doc berulang kali nasihatkan kaklong supaya jaga otot kaki sebaiknya, sebab dalam usia 28 tahun...masih terlalu awal untuk dihidapi sakit sendi lutut...so...jangkamasa masih panjang...kaklong kn bykkan bersenam...



Info tambahan yang kaklong dpt drpd doc... Ahli sukan yang kena kecedraan ACL masih ada potensi untuk pulih selepas dibedah sbb, hanya kecederaan ACL...tak melibatkan PCL... Kalau dua kali dah kena masalah ligament ACL... biasenya ahli sukan tidak lagi dibenarkan bermain... So, dalam erti kata lain, kecedaraan ACL berulang kali akan menamatkan karier pemain bola sepak dan sukan lasak lain...manakala sekali sahaja kecederaan PCL dah mengganngu karier pemain...apa lagi kalau cedera ACL dan PCL serentak mcm kaklong...mmg tak boleh nk main bola, bola jaring, futsal, badminton...huhu...hilang dah nikmat nak bersukan....


Namun, alhamdulillah masih diberikan nikmat-nikmat lain yang terhingga oleh Allah...Syukur Allah atas nikmat yang Engkau berikan..

1 comment:

Nasrullah Jaafar said...

Just Be Positive Kak Long.
pasti ade hikmah di atas segalanye..
Semoga Allah swt menyembuhkan kaki kaklong sepenuhnya dan memudahkan segala urusan Kak long dan kuarga
(^_^)

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...