Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Alhamdulillah tahun 2008 dah berlalu....bersyukur sangat ke hadrat Ilahi di atas perlanjutan usia yang diberi...nikmat iman dan Islam yang dilampahkan-Nya...dan nikmat kehidupan yang selesa dan aman yang kita kecapi...

Fikirkan sejenak nasib umat Islam lain yang ditimpa pelbagai malapetaka dan cubaan. Bandingkan dgn nikmat yang kita kecapi....

Alhamdulillah situasi ni tak berlaku di Malaysia......(Sumber: http://article.wn.com/)

Kita di Malaysia ada bangunan yang tinggi, pencakar langit yang mewah...bebas berjalan, berkeliaran mengecap keindahan...namun di sana, ada segelintit masyarakat yang sengsara dengan bencana....

Allahu akbar.....(Sumber http://article.wn.com)


Allah menjadikan tiap sesuatu itu, ada hikmahnya....bencana yang diturunkan bukan untuk menganiaya hambanya... Orang-orang yang berfikir dan beriman akan melihat setiap sesuatu yang berlaku dengan penuh hikmah.

Bencana yang diturunkan tentulah sebagai peringatan kepada kita yang lalai.

Untuk mengingatkan kita bahawa disana ada kuasa yang besar...yang melihat segala yang kita lakukan...yang berkuasa menetapkan peraturan...


Semoga tahun baru 2009 ini...kita menjadi indvidu yang lebih prihatin...yang lebih menginsafi diri...dan berusaha untuk mencari redho-Nya...Hindari perkara yang melalaikan...dan berusaha mepertingkatkan amalan untuk mencari bekal apabila bertemu dengan yang Maha Pencipta kelak...Manusia temapt abadinya bukan di dunia...tapi di akhirat sana...


Bimbinglah kami Ya Allah....

Semua yang tertulis adalah peringatan untuk aku dan juga kita semua...Moga ada manfaatnya....:>



No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...