Monday, May 20, 2013

Resepi :: Masak lemak Pucuk Ubi

Salam...

Resepi kali ni sgt mudah...masa untuk penyediaan lbh kurang 30 minit jer...yg pntg semua bhn cukup dan sedia digunakan...sesuai sgtlah kalau kita yg sibuk blk kerje dh lewat ptg kan...masak je gulai ni...pastu gorengkan ajer ikan atau ayam...nk selera skt...tumbuk sambal belacan yg diperah ngn limau kasturi...



Masak Lemak Pucuk Ubi

Bahan-bahan

Secekak Pucuk Ubi (basuh dan rendamkan sekejap dgn kapur makan)
Udang kering / ikan bilis dalam satu sudu besar. (Basuh dan rendamkan)
3 Ulas bawang merah.* (Yang bertanda * ditumbuk bersama)
1 Inci kunyit hidup*
5 tangkai cili api hijau*
Santan dari sebiji kelapa
Asam keping
Sebatang serai (diketuk)
Sedikit garam

Caranyer...

Panaskan satu sudu minyak masak....tumiskan semua bahan yang ditumbuk bersama serai...jgn garing...sekadar masakkan je cili tu....masukkan sdkt air dalam du sudu besar..tujuannya supaya bhn tumisan tadi masak je..
Pastu...masukkan santai...dan kacau je dengan api yg sederhana.

Dah nampak sdkt masak...masukkan plak asam keping dan udang/ikan bilis tadi..

Pastu masukkan pucuk ubi...dan kacau sikit atas api yg sederhana... biarkan sampai nmpk sedikit layu.. then..perasakan dgn garam..

Tutup api,,,angkat dn hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan..

No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...